SECRET TIPS SMART TRAVEL 7 EUROPE COUNTRY 14DAY ONLY RM2889


Assalamualaikum. Nak cerita, baru-baru ni saya ke Europe trip secara backpack selama 14 hari, ke 7 buah negara, dan total bajet saya ialah RM 2889 untuk segala tiket penerbangan, tempat tinggal, makan, segala tambang perjalanan sepanjang di sana.


Antara route atau negara yang saya cover sepanjang 14 hari itu ialah :

KLIA2
1.Tehran, Iran
2.Istanbul, Turki
3.Athens, Greece
4.Rome, Italy
5.London, United Kingdom
6.Amsterdam, Netherlands
7.Paris, France
8.Tehran, Iran
KLIA2



Negara-negara saya pergi ini TAK PERLU VISA

Tip 1 : Dapatkan tiket penerbangan murah.

Sebenarnya, yang membantu saya untuk ke Eropah dengan murah ialah promosi Air Asia dari Kuala Lumpur ke Tehran RM 404.00. Dikirakan itu merupakan gerbang ke Eropah la, kerana dari situ, kita boleh lompat-lompat dari satu negara ke negara lain.

Kemudian, saya menggunakan perkhidmatan Kiwi.com untuk membantu saya plan dari satu negara ke negara lain dgn menaiki plane.Dengan menggunakan kiwi.com, saya juga dapat membanding bezakan harga-harga tiket untuk dapatkan tiket penerbangan termurah!

Tip 2 : Pergi semasa musim sejuk.

Banyak offer tiket penerbangan murah di musim sejuk. Apa yang best, semasa di Turki, penjual-penjual semua melayan kami dengan baik, belanja air, itu ini bagi free gift. Depa kata, waktu musim panas, memang tidak akan dapat layanan camni, sebab terlalu ramai orang yang mengunjung di musim panas.


Tip 3 : Gunakan pass sepanjang di sana

Terdapat banyak pass yang disediakan. Antaranya ialah ROMAPASS, atau Istanbulkart, yang membolehkan tiga orang menggunakan kad yang sama sepanjang di sana, Oyster card dan lain-lain. Apa yang best, pass yang disediakan kebiasaannya telah termasuk tempat-tempat menarik di sana, dan juga pengangkutan di sana.


Tip 4 : Tempat penginapan

Sudah tentu tempat penginapan juga memainkan peranan yang penting. Sepanjang di sana, kami banyak menggunakan hostel sahaja.

Tip 5 : Banyakkan berjalan kaki dan menggunakan pengangkutan awam

Semasa di sana, kami tidak menyewa mana-mana kereta atau menaiki teksi kerana kami hanya travel berdua, dan dengan menyewa kereta, akan menyebabkan kami terpaksa membayar mahal. Maka, solusinya, sudah tentu menggunakan pengangkutan awam lebih murah. Namun, untuk lebih jimat, lebih elok kita berjalan kaki, sekiranya diberi kesihatan tubuh badan yg baik kerana kebanyak attractions, biasanya berdekatan sahaja.


Tapi nak cerita je pengalaman sendiri, saya hampir kena seluk semasa di Rome! Nasib handbag berzip, Alhamdulillah, Allah lindung. Saya memang nampak cubaan tangan dia menyeluk bag saya, tetapi bila pandang muka dia, macam muka selamba sahaja tengah pandang depan, tetapi tangan tengah buat kerja. Tak tahu lah nape, tapi masa tu tak terfikir nak pegang tangan dia ke apa. Yela, macam panic, benda berlaku depan mata, sampai tak mampu buat apa-apa. Bila saya tengok sekali lagi, dah lesap dah dari pandangan. Memang alhamdulillah, Allah lindung. So di sini nak pesan, kena sentiasa zip bag okay!

Jadi siapa kata perlukan duit yang banyak untuk ke Europe. Saya sudah buktikannya. Awak sudah tentu juga boleh. Hehe. Untuk ketahui lebih detail, jemput baca blog saya di sebab tak tercerita semua di sini :)

 

Subscribe to our Newsletter

Contact our Support

Email us: Support@templateism.com

Booking Holiday Now